A`ta bin Abi Rabah, darjatnya
lebih mulia daripada Raja.. “Ata” asal usulnya hanyalah seorang hamba, namun
darjatnya lebih mulia daripada para raja.
Suatu ketika, amirul mukminin
khalifah islam, Sulaiman bin Abdul Malik melakukan haji dengan dua orang
puteranya. Selesai melakukan tawaf, beliau mencari seseorang dan akhirnya
beliau menemuinya di suatu sudut dalam Masjidilharam sedang khusyuk beribadah.
Orang tersebut tua dan kurus. Kulitnya
hitam. Hidungnya pesek. Jika ia berdiri, ia Nampak seperti seekor gagak hitam. Khalifah
lalu menghampiri orang tua tersebut dan menunggunya sehingga selesai solat. Sempurna
satu solat. Lalu dilanjutkan dengan solat berikutnya, dan khalifah terus
menunggu. Orang tua itu begitu khusyuk dalam soaltnya dan sempurna
tamakninahnya. Sementara itu khalifah begitu sabar menunggu orang tua yang
kurus, hitam dan pesek sedang solat, manakala kedua-dua puteranya saling
menatap dengan rasa hairan
Khalifah Sulaiman Berbaris
Menanti Giliran
Sebaik dia memberikan salam,
khalifah segera mendekatinya. Orang tua itu hanya menyambut kedatangan khalifah
secara biasa saja, tanpa penghormatan khusus. Tiba-tiba dia bertanya kepada
khalifah yang dating ke hadapan memotong barisan iaitu sama ada khalifah ingin
bertanya urusan pemerintah ataupun urusan ibadah peribadinya. Khalifah menjawab,
dia ingin bertanya urusan ibadahnya. ‘Ata’ lalu memintanya menghormati umat
islam yang sedang berbaris menantikan giliran masing-masing untuk bertanya
kepadanya. Sekalian para pengiring diraja termasuk puteranya menjadi marah dan
kecewa dengan respon orang alim ini. Tetapi apakan daya, mereka tidak boleh
membuat sebarang tindakan kerana khalifah sendiri mengalah dengan permintaanya.
Maka, khalifah terpaksa berundur untuk berada dalam barisan menantikan
gilirannya sampai seperti kebanyakan orang.
Kedua-dua putera khalifah berasa
semakin hairan kerana apabila tiba di hadapan orang tua ini. Khaliah mula
mengemukakan soalan-soalannya. Setiap pertanyaan khalifah dijawab dengan
sempurna. Apabila bangkit untuk menyempurnakan ibadah yang berikutnya
bersama-sama dua putera dan para pengiringnya, khalifah berkata : “wahai
anakku, pelajarilah ilmu. Dengan ilmu, orang hina menjadi mulia, orang bodoh
menjadi bijak, dan hamba menjadi lebih tinggi darjatnya daripada para raja. Kamu
dapat liha sendiri apa yg kita lalui pada hari ini dan apa yang berlaku kepada
kita”
Inilah saki baki salafussoleh
yang telah mengumpulkan ilmu para sahabat pada zaman mereka yang disifatkan
tiada seorang pun yang layak memberikan fatwa selagi ‘Ata’ bin Abi Rabah masih
ada bersama. Inilah dia ‘Ata’ bin Abi Rabah yang dimaksudkan. Beliau merupakan
pewaris Abdullah bin Abbas r.huma. dalam urusan ilmu. Semasa kanak-kanak beliau
ialah seorang hamba dari Habsyah. Kulitnya hitam seperti Bilal bin Rabah. Hidungnya
tidak mancung seperti penduduk kota Makkah lain dan rambutnya keriting. Ia dimiliki
oleh seorang perempuan penduduk Makkah.
Setiap hari, ‘Ata’ bin Abi Rabah
memperuntukkan waktunya untuk melakukan tiga perkara dengan sempurna. Pertama beribadah
kepada Allah. kedua, menuntut ilmu dari pada sahabat, dan ketiga, memenuhi
tanggungjawab kepada majikan sebaik mungkin.
Melihat kesungguhan ‘Ata’ bin Abi
Rabah beribadah dan mencari ilmu, majikannya berasa simpati untuk memerdekakan ‘Ata’
bin Abi Rabah daripada status hamba. Menurut imam al-Zahabi rhm. Dalam al-Siyar,
beliau telah beriktikaf di dalam Masjidilharam dan tidur di dalamnya lebih 20
tahun. Guru-guru ‘Ata’ bin Abi Rabah
adalah para sahabat Nabi SAW yang terkenal dan luas ilmunya, seperti Abdullah
bin Abbas, Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, selain daripada para Ummahat
al-Mukminin (isteri-isteri Nabi). Lebih mengagumkan, sahabat terkemuka Abdullah
bin Umar r.huma. diceritakan pernah berkata : “duhai penduduk Makkah, aku
hairan melihat kamu sekalian. Di sisi kamu semua ada ‘Ata’ bin Abi Rabah,
mengapa kamu meminta fatwa kepadaku?
Penghormatan Khalifah
Hisyam
Selain khalifah Sulaiman yang
begitu menghormati ‘Ata’ bin Abi Rabah. Khalifah lain seperti Khalifah Hisyam
bin Abdul Malik yang sempat menemuinya juga sangat menghormatinya. Dikisahkan ileh
Uthman bin ‘Ata’ al-Khurasani bahawa ayahnya pernah bertemu ‘Ata’ bin Abi Rabah
ketika hendak menuju istana. ‘Ata’ bin Abi Rabah hanya menaiki himar (keldai)
dengan pakaian yang amat lusuh. ‘Ata’ bin Abi Rabah biasa memakai baju yang
harganya tidak lebih daripada lima dirham.
Sampai di pintu istana, khalifah
Hisyam menyambut ‘Ata’ bin Abi Rabah dengan layanan istimewa berbanding orang
yang bersama-samanya. Beliau meminta ‘Ata’ bin Abi Rabah duduk di tempat yang
mulia. Lutut khalifah begitu dekat dengan lututnya. Semua tetapmu daripada kalangan bangsawan
terdiam menunggu ‘Ata’ bin Abi Rabah memulakan bicara. Khalifah Hisyam bertanya
kepada ‘Ata’ bin Abi Rabah : “wahai tuan guru yang dimuliakan, apa gerangan
engkau datang berkunjung ke tempat kami? insyaAllah aku penuhi permintaanmu.”
‘Ata’ bin Abi Rabah memulakan
katanya : “ya Amirul Mukminin, berilah layanan yang terbaik kepada penduduk
Hijaz dan Najad. Mereka ialah orang terawal dan terhormat dalam kalangan umat
Islam”
Khalifah menjawab : “baiklah, aku
akan memberikan mereka layanan yang paling istimewa. Tuliskan wahai pegawai
akan perintah ini” katanya kepada orang suruhannya. Khalifah bertanya lagi : “apalagi,
wahai tuan guru?”
‘Ata’ bin Abi Rabah berkata : “berilah
pertimbangan sewajarnya kepada penduduk yang hidup di perbatasan. Sungguh,
merekalah orang pertama yang akan menghadapi musuh jika kita diserang.”
Khalifah menjawab : “Baiklah,
beta akan member mereka bantuan. Apalagi wahai tuan guru?”
‘Ata’ bin Abi Rabah berkata : “lindungilah
kaum kafir zimmi. Janganlah engkau menarik beban cukai yang terlampau berat.”
Khalifah menjawab : “baiklah,
akan aku kabulkan permintaanmu. Kemudian apalagi, wahai tuan guru?’”
Pesanan Takwa
‘Ata’ bin Abi Rabah meneruskan
nasihatnya : “ya amirul mukminin, bertakwalah kepada Allah dan jangan berlaku
zalim. Sesungguhnya, manusia diciptakan dalam keadaan sendirian, dimatikan
dalam keadaan sendirian, dibangkitkan dalam keadaan sendirian dan dihisab dalam
keadaan sendirian. Pada waktu itu, tidak aka nada seorang pun Amirul Mukminin
bersama-bersama dengannya. Maka, bertindaklah untuk menjaga dan mempertahankan
tuan khalifah di hadapan Allah SWT kelak” kata-kata yang terakhir ini
memberikan kesedaran yang mendalam dalam jiwanya hingga menyebabkannya menangis
tersesak-esak. Air matanya jatuh ke tanah.
Lalu ‘Ata’ bin Abi Rabah pergi
meninggalkan istana. Khalifah meminta pengawalnya memberi hadiah kepada ‘Ata’
bin Abi Rabah, namun beliau menolak. Bahkan, ‘Ata’ bin Abi Rabah tidak minum
air yang disajikan di istana, walaupun setitis.
Inilah kisah ‘Ata’ bin Abi Rabah.
Daripada keadaan hamba, beliau menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan
penuh ikhlas, lalu menjadi lebih mulia darjatnya daripada para raja. Beliau pemberi
fatwa di Masjidilharam dan pemimpin para ulama. Demikianlah sebagaimana janji
Allah dalam al-Quran bahwa Diaa akan mengangkat orang berilmu dengan beberapa
darjat. Semoga kisah ‘Ata’ bin Abi Rabah ini menjadi penyuntik semangat kita
dalam menuntut ilmu. –wallahua`lam (petikan dari majalah al-Ustaz)
No comments:
Post a Comment