Hadis yang diterima dan sampai kepada kita sekarang adalah melalui periwayatan daripada seseorang perawi kepada perawi yang lain. Justeru itu utk menentukan ia smada sahih atau sebaliknya adalah bergantung kepada perawi itu, kerana merekalah orang yang bertanggungjawab dan pertama menerima hadis daripada Nabi s.a.w. lantaran itu ali hadis membuat landasan dan syarat tertentu terhadap perawi, sebelum hadis diterima daripada mereka. Perawi yang meriwayatkan hadis hendaklah mempunyai syarat tertentu :
SYARAT – SYARAT PERAWI
BALIGH DAN BERAKAL
DHABIT @ INGATAN YANG KUAT
ADIL
ISLAM
1) BALIGH DAN BERAKAL
Berakal merupakan perkara yang penting dalam meriwayatkan hadis.
Dimana akal yang sejahtera itu ialah mereka yang dapat membuat perbezaan yang baik.
Memilih dengan baik antara mana yang baik dan buruk utk dijauhinya.
Secara tidak langsung dan perkara asas yang perlu ada pada perawi berakal ialah dengan syarat mereka itu baligh.
Menurut pendapat yang rajih, baligh tidak menjadi syarat untuk menerima hadis, Cuma baligh itu menjadi syarat utk menyampaikan hadis sahaja. Kanak – kanak yang belum baligh tetapi mumayyiz walaupun ia layak dan boleh menerima hadis, namun utk menyampaian dan meriwayatkan hadis, mereka mestilah baligh. Justeru itu, ahli hadis tidak sepakat dan dalam menetapkan peringkat usia yang membolehkan seseorang itu layak menerima hadis daripada guru dan menyampaikan hadis. Hal tersebut kerana ia adalah berdasarkan uruf persekitaran dan perkembangan keadaan fizikal seseorang.
Antara landasan dan had usia yang ditetapkan utk layak menyampaikan hadis ialah :
- Penduduk Basrah menetapkan usia 10 tahun layak menulis dan menerima hadis.
- Menurut setengah pendapat usia 15 tahun keatas layak mendengar hadis daripada guru dan meriwayatkannya.
- Pendapat lain mengatakan usia 13 tahun layak mendengar hadis dan meriwayatkannya
- Menurut jumhur al – hadis usia 30 tahun ke atas layak mendengar dan meriwayatkannya.
2) DHABIT
- Mempunyai daya ingatan yang kuat.
- Merupakan syarat yang amat penting untuk membolehkan seseorang rawi itu menerima, memahami dan menyampaikan hadis kepada orang lain.
Menurut pendapat ibnu Al – Solah, dhabit ialah ketetapan perawi dalam meriwayatkan hadis melalui ingatannya, iaitu tidak berlaku perubahan dari segi tulisan jika ia menyampaikan hadis melalui penulisan.
Sifat dhabit ini juga hendaklah disertai dengan ketelitian. Sekiranya berlaku percanggahan kecil dengan perawi lain yang tiqah dan dhabit tidak mengapa, dan seandainya berlaku percanggahan yang besar, periwayatanya dengan riwayat orang lain, maka sifat dhabit nya itu menjadi cacat dan hadis daripadanya tidak boleh diterima dan hadis – hadis daripadanya itu dianggap hadis syaz.
DHABIT DALAM ERTI KATA YANG LEBIH TERPERINCI
- Dhabit tulisan atau kitab
- Dhabit ingatan
DHABIT TULISAN ATAU KITAB
- Hadis yang diterima daripada seseorang perawi dengan penjagaan di segi tulisan dan catatan pada buku.
- Menjaga tulisan dan catatanya itu dengan baik dan sempurna
- Penjagaan tulisan dan catatan itu hendaklah daripada ia menerima hadis daripada guru hinggalah ia meriwayatkan pula.
DHABIT INGATAN
- Perawi yang dapat mengingati segala hadis yang diterimanya daripada guru serta.
- Mampu meriwayatkan pada bila – bila masa.
- Ia seharusnya mempunyai ingatan yang kuat, tidak lupa, tidak bodoh.
- tidak bersifat was – was dan dapat mengingati dengan sempurna apa yang di terima.
3) ADIL
- Seorang yang warak
- Soleh
- Istiqamah
- Bertaqwa dalam urusan agama dan ibadah.
Justeru itu orang yang fasik tidak boleh meriwayatkan hadis dan hadis daripadanya tidak boleh diterima.
Menurut pendapat ibnu Al – Solah, perawi yang adil dalam meriwayatkan hadis ialah dengan memenuhi syaratnya iaitu muslim, baligh dan berakal serta selamat dirinya daripada maksiat atau kecacatan dari segi maruah dan tidak fasiq.
Perawi yang adil itu dapat diketahui dengan cara berikut :
- Telah diakui oleh ulamak yang adil tentang diri dan peribadi perawi itu.
- Diketahui umum tentang sifat adilnya menurut ahli ilmu dan ulama`.
Sebagai rumusannya, sifat adil perawi itu mestilah dengan mempunyai ciri – ciri :
- Muslim
- Berakal dan baligh
- Tidak fasiq
- Tidak melakukan perkara yang mencemarkan kesucian islam
- Terpelihara maruahnya.
- Bertaqwa.
4) ISLAM
Syarat ini juga penting dalam meriwayatkan hadis dan menyampaikan ialah seorang perawi itu mestilah seorang yang muslim. Hal tersebut kerana hadis itu sendiri merupakan salah satu dariapda perkara agama islam. Org kafir sudah tentu tidak layak meriwayatkannya.
Mengikut pendapat yang rajih, islam bukan merupakan syarat menerima hadis, tetapi ia hanya menjadi syarat untuk meriwayatkan hadis sahaja. Contohnya :
“ Jubair bin Mut`im ada meriwayatkan sewaktu ia belum islam, dia ada mendengar Nabi s.a.w membaca sesuatu ayat dalam surah Al – Thur ketika sembahyang maghrib dan ia menambah lagi, di situ lah cahaya iman pertama dan hidayah pertama meresap dalam jiwanya. Kemudian, Jubair memeluk islam selepas peperangan Badar. ”
No comments:
Post a Comment