Followers

Tuesday 13 November 2012

Pelayaran Mukmin


Kekuatan jiwa seorang mukmin itu bergantung pada pengamalannya seharian. Kesedaran yang menggunung tentang hakikat kejadian diri akan membuat diri seseorang, jelas tentang keberadaanya di dunia fana ini.

Firman ALLAH S.W.T: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKU” (Al-zariyaat ayat: 56).

Fikrah yang jelas membuat hidup lebih terarah. Seperti mana sebuah pelayaran, sudah pasti ada hala tujunya. Begitulah diibaratkan kehidupan kita sebagai hamba ALLAH di dunia yang fana ini. Pelayaran kita telah bermula sejak dilahirkan lagi. Pelayaran yang perlu dikaut sebanyaknya sebagai bekalan untuk disimpan dan digunakan pada penghujung pelayaran.

Sudah pasti dengan persinggahan yang sementara membuat hati kita terpaut pada yang di namakan keindahan. Tidaklah salah mencintai keindahan dan kecantikan kerana ALLAH itu cantik dan DIA suka akan kecantikan. Jadi perlulah berwaspada dengan keindahan yang di jumpai itu, kerana ia bukan milik kekal kita. Yang menjadi pemiliknya ialah ALLAH S.W.T.  

“Kehidupan dunia itu tidak lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui.” (Al-Ankabut:64)

Carilah sebanyak yang mungkin peluang yang ada, kautlah sebanyak mana yang boleh bekalan kita untuk menuju ke negeri abadi. Tanpa bekalan itu, ternyata sia-sialah hidup manusia itu. Kesempatan yang ada perlulah di gunakan sebaik-baiknya. Jadikan peluang keemasan itu satu "reward" buat kita semua.

Kata-kata saidana Umar r.a “Hisablah dirimu sebelum dirimu dihisab” Melalui kata-kata itu, capailah maksud bahawa hidup ini perlu di muhasabah setiap masa, usah menunggu hari esok. Bersegeralah dalam kebaikan.

Hisablah diri tentang apa yang telah dibuat sepanjang umurnya, sepanjang hari dan malamnya. Ini kerana di akhirat nanti kita semua akan di tanya tentang waktu kita yang telah di habiskan. Menjalankan sesuatu pekerjaan perlulah diingatkan dengan ketaqwaan , keikhlasan dan keimanan.

Hiasi ia dengan sifat mahmudah, tawaddu’. Renungkan dahulu sebelum melakukan sesuatu itu, bahawa adakah ALLAH redha buat perkara ini? Betulkah ianya syar’ie? Adakah ia dituntut dalam Islam?

“Tidak ada daun yang gugur yang tidak di ketahui ALLAH…”(Al-An'am:59)  
Curahkan ilmu dalam segenap hal pada yang tidak mengetahui, jangan menghina pada yang tidak mengetahui, kerana hati sebegitu adalah lebih sakit daripada yang tidak mngetahui. Hiasi sikap dengan kata berhikmah. Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah, apabila di baling batu, di berikan buah sebagai balasan.

Letakkan ALLAH sebagai tempat mengadu yang paling tinggi. DIA merupakan sebaik-baik tempat mengadu. Usah di bimbang ALLAH tidak memakbulkan doa kita, kerana sesungguhnya ALLAH Maha Memakbulkan segala doa. Cumanya sama ada cepat atau lambat.

Firman ALLAH S.W.T: “Berdoalah nescaya akan AKU kabulkan.”

Sesungguhnya orang-orang beriman itu apabila di sebut nama ALLAH, maka bergetarlah hatinya, apabila di bacakan ayat-ayat ALLAH, maka makin kuat(iman) dan kepada ALLAHlah mereka bertawakkal. Kuatkan cinta dan keyakinan padaNYA, usah gusar untuk bercinta denganNYA, percaya dan yakinlah, tidak akan siapa yang kecewa dengan cintaNYA. Dan ingatlah kesudahan bagi mukmin itu amat indah, tiada apa yang dapat di bandingkan dengan nikmat itu. Dunia sebagai penjara bagi mukmin, tapi pada orang kafir sebagai syurga.

Oleh itu rantaikan diri kita dengan keimanan, ketaatan dan ketaqwaan kepada ALLAH S.W.T. Moga-moga kesudahan yang baik adalah milik kita semua. Amin.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga(taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air(yang mengalir)." (Al-Hijr:45)

Ya ALLAH letakkan dunia ini di tangan kami, bukan di hati kami. Sama-sama doakan moga di tetapkan iman. wallahua'alam

Share By : Seri Mawar

Wednesday 15 August 2012

Maqasid Syariah

Penetapan hukum syariah berdasarkan maksud dan tujuan syariah, yakni berdasarkan pertimbangan kemaslahatan. Penekanannya terletak pada upaya menyingkap dan menjelaskan hukum yang dihadapi melalui pertimbangan maslahah. Perubahan hukum yang berlaku berdasarkan perubahan zaman dan tempat adalah untuk menjamin syariah dapat mendatangkan kemaslahatan kepada manusia. Setiap perundangan hukum mestilah bertujuan untuk melindungi kepentingan agama, nyawa, akal, keturunan, dan juga harta.


MEMELIHARA AGAMA
Menjaga agama merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan maqasid syar’iyah. Setiap individu diwajibkan menyebarkan agama dan menjaganya daripada ancaman musuh. Firman Allah yang bermaksud:
            “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah al-Baqarah: ayat 216)
Firman Allah lagi:
            “Barang siapa murtad di antara kamu, dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni  neraka, mereka kekal di dalamnya”. (Surah al-Baqarah: ayat 217)
Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan dan (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir syirik. Menjaga agama Islam perlu didahului dengan kita mengetahui komponen agama yang terdiri daripada tiga unsur penting iaitu Iman , Islam dan Ehsan. Penghayatan iman yang sebenar-benarnya dengan ilmu yang mantap akan membentuk watak. Penghayatan Islam dengan amal akan membentuk kesatuan hubungan dengan Allah swt manakala ehsan dihayati akan membentuk kesatuan sesama manusia.
Menjaga agama dilakukan dengan:
  1. Membina asas aqidah yang benar dan kuat, serta menjauhi perkara yang melemah dan merosakkannya.
  2. Memerhati, berfikir dan mengambil iktibar, serta menguasai unsur-unsur aqidah yang dinyatakan oleh al-Quran dan Sunnah.
  3. Menjauhi dosa-dosa besar dalam aqidah seperti syirik.
  4. Menegakkan syiar ibadat-ibadat wajib.
  5. Menghayati dan beramal dengan nilai-nilai atau akhlak Islam seperti jujur, ikhlas, amanah, dan mengerjakan amal soleh.

      MEMELIHARA NYAWA
Wujudnya syariat Islam juga bertujuan untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Oleh itu, setiap individu diwajibkan untuk menjaga keselamatan diri masing-masing daripada segala jenis ancaman. Islam melarang keras perbuatan-perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri mahupun orang lain. Islam memuliakan nyawa seseorang dan menganggap bahawa menghilangkan nyawa seseorang adalah kejahatan besar yang sama dengan menghilangkan seluruh nyawa manusia. Firman Allah:
            “ Barang siapa yang membunuh seseorang, bukan kerana orang itu membunuh orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka sekan-akan dia telah membunuh semua manusia. Barang siapa memelihara kehidupan seorang manusia,      maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia”.(Surah al- Ma’idah:ayat 32)
Seperti yang kita ketahui, Islam menjaga jiwa seseorang dengan memberikan ancaman hukuman qisas bagi seorang yang menghilangkan nyawa seseorang. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Firman Allah:
            “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu (melaksanakan) qisas berkenaan dengan orang yang dibunuh. (Surah al-Baqarah: ayat 178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melakukannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan atau dilukakan. Sebagai contohnya:
1)      Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa)
2)      Melukakan dibalas dengan melukakan
3)      Mencederakan dibalas dengan mencederakan
Hal ini juga ada dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud:
            “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan    hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang- orang yang zalim”. (Surah al-Mai’dah: ayat 45)
Selain itu, Islam juga melarang seseorang yang tidak menghargai nyawanya. Contohnya, perbuatan membunuh diri. Allah telah berfirman yang bermaksud:
            “Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya, Allah Maha Penyayang kepadamu”. (Surah an-Nisa: ayat 29)
Walau apapun alasan dan caranya, membunuh diri hukumnya haram dan perbuatan ini tergolong dalam perbuatan syirik. Orang yang melakukan syirik tidah akan diampuni dosanya oleh Allah, bahkan akan kekal di seksa dalam api neraka. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya barang siapa mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka sungguh, Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka”. (Surah al-Ma’dah: ayat 72)
     MEMELIHARA AKAL
Maqasid syari’yah juga menekankan umat Islam untuk menjaga dan memelihara akal yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya dan jauh daripada sebarang kerosakan yang memudaratkan. Sebagai umat yang terpilih, kita seharusnya bersyukur dengan kurniaan-Nya yang tidak ternilai dan tidak pula ada pada makhluk-makhluk lain selain manusia. Akal memainkan peranan penting dalam sesebuah kehidupan lantaran besarnya fungsi akal dalam menentukan dan mencorakkan  arah tuju hidup setiap individu. Individu yang berakal  layak diberikan taklif iaitu tanggungjawab terhadap hukum syarak dalam Islam. Anugerah akal yang diberikan oleh Allah adalah untuk manfaat manusia juga supaya kita berfikir, memahami dan menghayati apa jua ciptaanNya samada  di langit dan di bumi.
Terdapat pelbagai cara untuk memelihara akal supaya seseorang individu jauh daripada anasir-anasir negatif yang memudaratkan. Cara berfikir seharusnya selaras dengan tuntutan Islam yang menyuruh umatnya agar menghayati dan berfikir akan perkara yang baik dan sentiasa berfikiran positif. Selain itu juga, kita juga seharusnya  pandai mengawal pemikiran dengan memikirkan sesuatu yang bermanfaat sebagai renungan dan dijadikan teladan dalam melayari sebuah kehidupan dengan penuh ketenangan. Sebagai contoh apabila seseorang memikirkan tentang kebesaran ciptaan Allah, hati akan menjadi tenang dan hal ini seterusnya mewujudkan suasana yang damai dalam kehidupan.
Kita hendaklah menuntut ilmu supaya akal kita berfungsi dengan elok. Dalam pada itu juga, kita digalakkan untuk menuntut ilmu yang memberikan  kebaikan dan menyumbang kepada ketaatan kepada Allah. Bekalan ilmu yang diperoleh membolehkan seseorang membezakan antara perkara yang baik atau buruk. Hal ini demikian menjurus pula kepada tingkah laku yang tertib  dan jauh daripada perbuatan maksiat yang dimurkai Allah.
Kesihatan akal berkait rapat dengan gaya pemakanan yang diambil oleh individu dari hari ke hari. Makanan yang halal lagi berkhasiat amat digalakkan kerana hal ini memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pemikiran seseorang. Perbuatan menjauhi makanan yang tidak sesuai untuk akal seharusnya dijauhi kerana dikhuatiri dapat merosakkan akal. Dalam surah al-Mai’dah ayat 90, Allah telah berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung”.
Dalam surah ini Allah melarang keras hambaNya daripada minum arak kerana ternyata arak memberikan keburukan kepada akal. Seseorang yang minum arak lebih berpotensi untuk melakukan lebih banyak kezaliman  atau kemungkaran. Hal ini demikian berlaku apabila akal tidak dapat berfikir dengan waras samada perkara itu baik atau buruk. Hadis Ibnu Umar r.a katanya; Rasulullah s.a.w bersabda:
              “Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia    masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak (di syurga)”.
Hukuman hudud meminum arak ialah sebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul (sebat) seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan (Muslim, Sahih : hlmn. 214) dan Umar menurutnya.
      MEMELIHARA KETURUNAN
Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu. Hal ini berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Malah, Islam sendiri dibina di atas akhlak yang mulia. Islam tegas dalam memuliakan kehormatan dan garis keturunan. Kemuliaan keturunan dipelihara dengan mengharamkan penganiayaan kepada kehormatan. Maka, syariat Islam telah melarang seseorang itu daripada mendekati perbuatan zina. Firman Allah:
            “Dan janganlah kamu mendekati zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’: ayat 32)
Bagi mereka para pelaku zina diancam hukuman yang berat, kerana merosak kehormatan seseorang. Pezina yang belum berkahwin dikenakan hukuman sebatan sebanyak 100 kali sebatan. Firman Allah yang bermaksud:
            “Pezina perempuan dan pezina laki-laki, deralah masing-masing dari keduanya seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu     untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”. (Surah an-Nur: ayat 2)
Lebih khusus, pezina yang sudah berkahwin diancam hukuman mati (rejam) kerana merosakkan kehormatan rumah tangga sekaligus mencampur adukkan nasab. “Di riwayatkan daripada Imam Muslim, dari Abi Hurairah berkata, seorang lelaki muslim telah datang berjumpa Rasulullah s.a.w. yang pada ketika itu sedang berada di masjid dan dia memanggil Rasulullah seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah melakukan zina”. Dan dia mengulangi kata-kata itu sebanyak empat kali. Kemudian dia membawa empat orang saksi. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Adakah engkau hilang akal ketika engkau berzina”? Dijawabnya: “Tidak”. Rasulullah bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin”? lelaki itu pun menjawab, “Ya”. Maka Rasulullah mengarahkan para sahabat pada ketika itu; “Bawalah dia dan rejamlah dia”.
Qazar, iaitu penuduh zina juga dikenakan hukuman 80 kali sebatan. Firman Allah:
            “Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka delapan puluh kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik,” (Surah an-Nur: ayat 4).
Contohnya dalam cerita Saidatina Aisyah yang dituduh oleh Abdullah bin Ubai berzina dengan Saidina Safwan ( sahabat Nabi Muhammad). Dan Abdullah Bin Ubai telah dikenakan hukuman sebatan sebanyak 80 kali.
Kesimpulannya, tegahan dan larangan Allah  dalam keturunan ini mempunyai tujuan yang satu iaitu menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan.
      MEMELIHARA HARTA
Allah swt sebenarnya telah menyediakan segala‐galanya di alam ini untuk kemudahan manusia mentadbir dan memakmurkan alam ini yang antaranya berupa harta. Manusia disuruh supaya berusaha mendapatkannya dan menjaganya agar dibelanjakan ke arah memakmurkan kehidupan ini dalam acuan yang dikehendaki Allah swt. Firman Allah swt dalam Surah Luqman ayat 20 yang bermaksud:
            “Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untuk (kepentingan) mu dan menyempurnakan nikmat-Nya untukmu zahir dan batin”.
Kehidupan yang sempurna bagi seseorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Islam mengakui kepemilikan individu atas harta dan menghargainya. Maka, Islam melarang memperoleh harta dari yang lainnya kecuali dengan cara dan transaksi yang sah, baik, dan saling meredhai. Allah telah berfirman:
            “Dan janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan jalan yang batil”.  (Surah al-Baqarah: ayat 188)
Sebab itu disyariatkan akad-akad yang membolehkan perpindahan harta dan hak milik dengan cara berniaga, bekerja dan mewarisi. Bagi memastikan harta diperoleh dan diuruskan dengan baik, maka dijelaskan:
            1. Panduan mencari rezeki atau harta yang halal
            2. Cara menafkahkan harta pada jalan-jalan yang disyariatkan
            3. Hak-hak Allah terhadap harta yang perlu ditunaikan
            4. Larangan makan harta secara batil
Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang-undang tersendiri dalam soal kehartaan. Hal ini dibincangkan secara meluas dalam disiplin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai FIQH MUAMALAT. Kalimah “Fiqh” berasal daripada kalimah bahasa Arab yang membawa maksud kefahaman. Dari segi istilah pula, kalimah ini bermaksud ilmu berkaitan hukum-hukum amali syariat, yang dikeluarkan daripada dalil-dalilnya yang “tafsil”. Muamalat pada pengertian umum bermaksud segala hukum yang mengatur hubungan manusia dimuka bumi, dan secara khusus merujuk kepada urusan yang berkaitan dengan harta. Maka istilah Fiqh Muamalat secara khusus merujuk kepada ilmu berkaitan hukum-hukum syariat yang mengatur urusan manusia berkaitan harta.
Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari  kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah swt. Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan mengharamkan riba.  Dalam usaha pemilikan harta, selain daripada riba, syariah Islam juga telah mengharamkan perjudian, rasuah dan pengurangan atau penipuan dalam timbangan. Firman Allah yang bermaksud:
            “Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu)”. (Surah at-Takasur: ayat 8 )
Firman Allah lagi:
            “Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah: ayat 168)
Syariah Islam turut menetapkan cara dan kaedah tersendiri bagi membelanjakan harta seperti mewajibkan zakat kepada harta-harta tertentu dan amat menggalakkan sedekah serta pemberian hadiah dalam keadaan tertentu. Islam sangat menggalakkan supaya umat Islam membudayakan derma, sedekah, hibah, wakaf dan sebagainya untuk berkongsi nikmat harta yang telah Allah swt kurniakan kepada mereka. Harta tersebut boleh dimanfaatkan oleh golongan yang tidak berkemampuan untuk membina hidup mereka.
Bahkan, Allah swt mewajibkan umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya untuk membayar zakat kepada asnaf-asnaf. Objektif pensyariatannya dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud:
            “…….agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu.”
Harta daripada perspektif Islam adalah milik Allah dan manusia menjadi khalifah untuk mengurusnya dan ditugaskan memakmurkan bumi. Justeru itu, bekerja diwajibkan dengan tujuan mendapatkan rezeki dan menjalankan tugas memakmurkan bumi.
KESIMPULAN
            Syariat Islam tidak didatangkan melainkan untuk menjaga atau menjamin kelima-lima perkara di atas dalam kehidupan manusia. Kelima-lima perkara tersebut iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta dianggap sebagai keperluan yang bersifat asasi dalam diri setiap individu yang harus dipatuhi. Bagi menentukan bahawa kehidupan semua individu seimbang, syariah Islam telah menetapkan semua keperluan ini diberi penarafan melalui maslahah Dharuriyyat, maslahah Hajiyat, dan juga maslahah Tahsiniyat.

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wallahua`lam~

Saturday 11 August 2012

Malam Lailatul Qadar


DI ANTARA malam-malam Ramadan terdapat satu malam yang disebut lailatulqadar, malam yang penuh keberkatan dan kebaikan. Di dalam al-Quran dikatakan bahawa malam ini lebih baik daripada 1,000 bulan, sama dengan 83 tahun 4 bulan. 

Sungguh beruntung orang yang memperoleh kesempatan beribadah pada malam itu. 

Lailatulqadar adalah malam yang amat agung kerana dipilih Allah sebagai malam permulaan Nuzul Quran atau permulaan melimpahkan cahaya agama Allah ke seluruh alam, di samping melimpahkan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar dari hidayat Allah (al-Quran) ke atas hati dan kehidupan manusia. 

Dan ia harus diimani oleh setiap umat Islam berdasarkan firman Allah dalam surah Ad Dukhan ayat 3 hingga 5 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al- Quran itu pada malam berkat (malam lailatulQadar); (kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba kami ditimpa azab). Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut, kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (pada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami". 

Jika kita renungkan kembali pada hari ini pada abad-abad yang sekian lama meninggalkan peristiwa lailatulqadar, dan kita gambarkan kembali temasya indah yang disaksikan oleh bumi pada malam itu, di samping memerhatikan apa yang berlaku pada malam itu dan meneliti kesan-kesannya di samping zaman, kepada dunia dan kepada kefahaman hati dan akal manusia tentulah kita dapati bahawa lailatulqadar sebenarnya suatu malam yang sungguh agung. 

Pada malam itu, Allah menjelaskan segala urusan yang bijaksana, meletakkan nilai-nilai, dasar-dasar dan neraca-neraca dan menetapkan kedudukan yang lebih besar dari kedudukan individu umat atau bangsa, malah lebih besar dari itu lagi iaitu kedudukan hakikat peraturan dan hati manusia. 

Dari Anas meriwayatkan sebuah hadis Rasululah s.a.w. yang bermaksud: 

"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatku lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat-umat sebelum mereka". (Riwayat Ad Dailani). 

Nabi kita menggalakkan kita dan ahli keluarga menghidupkan malam itu dengan amal ibadat. Rasulullah sendiri sering meningkatkan peribadatannya khususnya pada 10 hari terakhir dari bulan tersebut. Bahkan keluarganya dibangunkan, diajak memperbanyakkan amal di tengah malam. 

Diriwayatkan bahawa Nabi membangunkan Fatimah dan Ali kemudian berkata kepada kedua-duanya, “Bangunlah, kemudian solatlah.” Beliau membangunkan Aisyah pada waktu malam apabila hendak menunaikan tahajudnya serta witir. 

Diriwayatkan bahawa Nabi berjaga pada malam 23, 25 dan 27, dan disebutkan bahawa ia mendoakan keluarga dan isterinya terutama pada malam ke-27. Hal ini menunjukkan bahawa beliau menganjurkan mereka tentang bilangan hari yang ganjil yang diharapkan di dalamnya ada lailatulqadar. Imam ath-Thabrani meriwayatkan dari Ali bahawa Nabi membangunkan keluarganya, yang kecil mahupun besar untuk solat pada 10 malam terakhir. 

Sufyan ats-Tsauri berkata, "Aku lebih suka bila masuk sepuluh yang akhir untuk bertahajud di malam hari dan bersungguh- sungguh di dalamnya, membangunkan keluarga dan anak untuk solat bila mereka kuat melakukannya". 

Solat malam 

Disebutkan dalam Al-Muwaththa bahawa Umar ibn al-Khathab, solat malam sesuai kehendak hatinya dan jika datang pertengahan malam ia membangunkan keluarganya untuk solat. Ia berkata kepada mereka, “solat, solat” dan membaca sepotong ayat yang maksudnya: "Dan perintahkanlah keluargamu untuk solat dan bersabarlah atasnya". ( Thaha: 132). 

Nabi juga memerintahkan untuk mencari lailatulqadar agar kaum Muslim tidak disibukkan sepanjang malam-malam Ramadan dengan kesenangan yang dibolehkan. Baginda memerintah untuk mencari lailatulqadar dengan bertahajud terutama pada malam-malam yang diharapkan lailatulqadar. Nabi bercampur dengan keluarganya hingga 20 Ramadan, kemudian menjauhi isteri-isterinya untuk mencari lailatulqadar pada 10 yang terakhir. Di antaranya mengakhirkannya untuk makan sahur. Aisyah dan Anas meriwayatkan bahawa Nabi jika datang Ramadan, akan mendirikan solat malam dan tidur. Apabila masuk 10 hari terakhir; ia mengetatkan ikat pinggang, menjauhi isteri dan mandi di antara dua azan dan mendirikan isya, waktu sahur. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

"Barangsiapa yang melakukan ibadat pada lailatulqadar kerana didorong keimanan dan harapan mendapatkan pahala dari Allah nescaya diampunkan segala dosanya yang telah lalu". 

Asy-Syafii berkata dalam Qaul Qadim, “Disunatkan bersungguh-sungguh beribadah pada siang hari sebagaimana bersungguh- sungguh di malam hari.” Ucapan ini menunjukkan sunatnya bersungguh-sungguh dalam semua masa selama 10 hari terakhir Ramadan, malam dan siangnya. 

Jika lailatulqadar datang setiap tahun maka sudah tentu ada tanda-tanda kedatangannya. Justeru lailatulqadar sesuatu yang abstrak, spiritual dan rohaniah. Maka terdapat pelbagai pendapat mengenai cara kedatangannya atau cara seseorang itu memperoleh lailatulqadar. Tidak sedikit dari cerita-cerita itu bersifat mitologi, yang tidak boleh dipertanggungjawabkan, tidak masuk akal dan mengada-ngada. 

Ada cerita, kalau lailatulqadar turun maka air sungai berhenti mengalir, tumbuh-tumbuhan tunduk tenang, alam raya terlihat cerah, bintang bersinar dan sebagainya. Mungkin semua itu pernah terjadi terutama di wilayah geografinya memungkinkan - seperti air membeku, tetapi tidak ada kaitannya dengan lailatulqadar. Jadi peristiwanya cuma kebetulan. 

Hakikatnya bagaimanakah al-Quran berbicara soal tanda-tanda lailatulqadar? 

Dalam surah al Qadr (97) ayat terakhir, Tuhan menyebut tanda-tandanya: "Salaamun hiya hatta matlail fajr" – "kedamaian atau kenikmatan hakiki (terjadi) pada malam itu sehingga terbit fajar". Jadi jelas bahawa tandanya tidak bersifat lahiriah, kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dapat dirasakan. Maka barang siapa yang mendapatkan lailatulqadar, dia akan merasakan kedamaian atau ketenangan yang luar biasa dalam dirinya pada malam itu hingga terbit fajar. 

Itu sebabnya dalam Surah ad Dukhan (44) ayat 3 lailatulqadar disebut sebagai laylatun mubaarakah kerana kedamaian hati yang bersumber langsung dari Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi seorang musafir yang kehausan. Yang kedua, al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan, kerananya, kebenaran tidak diragukan. Ia hanya boleh dicapai oleh darjat keintelektualan yang paling tinggi, intelek kenabian. Maka kalau anda boleh mendapatkan percikannya (saja) pada malam lailatulqadar, bererti - berkat mujahadah anda hingga saat itu - anda berhasil menyentuhi intelek kenabian; dan itu adalah kenikmatan dan sekali gus berkah yang paling tinggi. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil". (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Tentang bila datangnya lailatulqadar banyak riwayat mengaitkan dengan malam-malam ganjil di 10 hari terakhir. Mungkin ini ada hubungannya dengan hadis lain yang meyebut bahawa, Allah itu ganjil dan menyenangi yang ganjil-ganjil. 

Jika anda benar-benar berkeinginan mendapatkan lailatulqadar, anda harus melakukan qiam Ramadan. Iaitu menghidupkan sepanjang masa bulan Ramadan, siang dan malam, dengan taklim (belajar), ibadah, zikir, solat sunah, dan qiraah (tadarus dan telaah) al-Quran; memusatkan seluruh pintu indra yang memungkinkan dosa dan fikiran-fikiran buruk hinggap di hati anda. 

Ciri-ciri orang yang mendapat lailatulqadar mengikut al-Quran: 

* "Iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka; dan mereka yang beriman kepada apa-apa yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) dan apa-apa yang Kami turunkan sebelum kamu, serta mereka yakin kepada (adanya) kehidupan akhirat". (al-Baqarah [2]: 2-4) 

* "Iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberi harta yang diicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, anak jalanan (termasuk musafir yang memerlukan pertolongan), orang-orang yang meminta-minta, (menghilangkan) perbudakkan, mendirikan solat, menunaikan zakat, menepati janjinya apabila berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan saat ditimpa musibah…". (al-Baqarah [2]: 177) 

* "Iaitu orang-orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah), baik di waktu lapang maupun sempit; orang-orang yang dapat menahan amarahnya; dan memaafkan (kesalahan) manusia"... ( Ali 'Imran [3]: 134) 

* "Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang (ciri-cirinya) dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya; bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin; berwibawa terhadap orang-orang kafir, berjihad di jalan Allah; dan tidak takut terhadap celaan orang-orang yang mencela..." (al-Maaidah [5]: 54). 

* "Iaitu mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya; apabila dibacakan kepada mereka ayat- ayat- Nya bertambah imannya dan (hanya) kepada Tuhannya mereka menyerahkan diri. Juga mereka yang mendirikan solat, dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya". (al- Anfaal [8]: 2-3). 

* "Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya; dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia; dan orang-orang yang menunaikan zakat; dan orang-orang menjaga kemaluannya; dan orang-orang yang memelihara amanah dan janjinya; dan orang-orang yang memelihara solatnya".… (al-Ma’aarij [70]: 22-34)

Wallahualam...

Monday 30 July 2012

A`ta bin Abi Rabah Lebih Mulia Daripada Raja


A`ta bin Abi Rabah, darjatnya lebih mulia daripada Raja.. “Ata” asal usulnya hanyalah seorang hamba, namun darjatnya lebih mulia daripada para raja.
Suatu ketika, amirul mukminin khalifah islam, Sulaiman bin Abdul Malik melakukan haji dengan dua orang puteranya. Selesai melakukan tawaf, beliau mencari seseorang dan akhirnya beliau menemuinya di suatu sudut dalam Masjidilharam sedang khusyuk beribadah.
Orang tersebut tua dan kurus. Kulitnya hitam. Hidungnya pesek. Jika ia berdiri, ia Nampak seperti seekor gagak hitam. Khalifah lalu menghampiri orang tua tersebut dan menunggunya sehingga selesai solat. Sempurna satu solat. Lalu dilanjutkan dengan solat berikutnya, dan khalifah terus menunggu. Orang tua itu begitu khusyuk dalam soaltnya dan sempurna tamakninahnya. Sementara itu khalifah begitu sabar menunggu orang tua yang kurus, hitam dan pesek sedang solat, manakala kedua-dua puteranya saling menatap dengan rasa hairan
Khalifah Sulaiman Berbaris Menanti Giliran
Sebaik dia memberikan salam, khalifah segera mendekatinya. Orang tua itu hanya menyambut kedatangan khalifah secara biasa saja, tanpa penghormatan khusus. Tiba-tiba dia bertanya kepada khalifah yang dating ke hadapan memotong barisan iaitu sama ada khalifah ingin bertanya urusan pemerintah ataupun urusan ibadah peribadinya. Khalifah menjawab, dia ingin bertanya urusan ibadahnya. ‘Ata’ lalu memintanya menghormati umat islam yang sedang berbaris menantikan giliran masing-masing untuk bertanya kepadanya. Sekalian para pengiring diraja termasuk puteranya menjadi marah dan kecewa dengan respon orang alim ini. Tetapi apakan daya, mereka tidak boleh membuat sebarang tindakan kerana khalifah sendiri mengalah dengan permintaanya. Maka, khalifah terpaksa berundur untuk berada dalam barisan menantikan gilirannya sampai seperti kebanyakan orang.
Kedua-dua putera khalifah berasa semakin hairan kerana apabila tiba di hadapan orang tua ini. Khaliah mula mengemukakan soalan-soalannya. Setiap pertanyaan khalifah dijawab dengan sempurna. Apabila bangkit untuk menyempurnakan ibadah yang berikutnya bersama-sama dua putera dan para pengiringnya, khalifah berkata : “wahai anakku, pelajarilah ilmu. Dengan ilmu, orang hina menjadi mulia, orang bodoh menjadi bijak, dan hamba menjadi lebih tinggi darjatnya daripada para raja. Kamu dapat liha sendiri apa yg kita lalui pada hari ini dan apa yang berlaku kepada kita”
Inilah saki baki salafussoleh yang telah mengumpulkan ilmu para sahabat pada zaman mereka yang disifatkan tiada seorang pun yang layak memberikan fatwa selagi ‘Ata’ bin Abi Rabah masih ada bersama. Inilah dia ‘Ata’ bin Abi Rabah yang dimaksudkan. Beliau merupakan pewaris Abdullah bin Abbas r.huma. dalam urusan ilmu. Semasa kanak-kanak beliau ialah seorang hamba dari Habsyah. Kulitnya hitam seperti Bilal bin Rabah. Hidungnya tidak mancung seperti penduduk kota Makkah lain dan rambutnya keriting. Ia dimiliki oleh seorang perempuan penduduk Makkah.
Setiap hari, ‘Ata’ bin Abi Rabah memperuntukkan waktunya untuk melakukan tiga perkara dengan sempurna. Pertama beribadah kepada Allah. kedua, menuntut ilmu dari pada sahabat, dan ketiga, memenuhi tanggungjawab kepada majikan sebaik mungkin.
Melihat kesungguhan ‘Ata’ bin Abi Rabah beribadah dan mencari ilmu, majikannya berasa simpati untuk memerdekakan ‘Ata’ bin Abi Rabah daripada status hamba. Menurut imam al-Zahabi rhm. Dalam al-Siyar, beliau telah beriktikaf di dalam Masjidilharam dan tidur di dalamnya lebih 20 tahun.  Guru-guru ‘Ata’ bin Abi Rabah adalah para sahabat Nabi SAW yang terkenal dan luas ilmunya, seperti Abdullah bin Abbas, Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, selain daripada para Ummahat al-Mukminin (isteri-isteri Nabi). Lebih mengagumkan, sahabat terkemuka Abdullah bin Umar r.huma. diceritakan pernah berkata : “duhai penduduk Makkah, aku hairan melihat kamu sekalian. Di sisi kamu semua ada ‘Ata’ bin Abi Rabah, mengapa kamu meminta fatwa kepadaku?
Penghormatan Khalifah Hisyam
Selain khalifah Sulaiman yang begitu menghormati ‘Ata’ bin Abi Rabah. Khalifah lain seperti Khalifah Hisyam bin Abdul Malik yang sempat menemuinya juga sangat menghormatinya. Dikisahkan ileh Uthman bin ‘Ata’ al-Khurasani bahawa ayahnya pernah bertemu ‘Ata’ bin Abi Rabah ketika hendak menuju istana. ‘Ata’ bin Abi Rabah hanya menaiki himar (keldai) dengan pakaian yang amat lusuh. ‘Ata’ bin Abi Rabah biasa memakai baju yang harganya tidak lebih daripada lima dirham.
Sampai di pintu istana, khalifah Hisyam menyambut ‘Ata’ bin Abi Rabah dengan layanan istimewa berbanding orang yang bersama-samanya. Beliau meminta ‘Ata’ bin Abi Rabah duduk di tempat yang mulia. Lutut khalifah begitu dekat dengan lututnya.  Semua tetapmu daripada kalangan bangsawan terdiam menunggu ‘Ata’ bin Abi Rabah memulakan bicara. Khalifah Hisyam bertanya kepada ‘Ata’ bin Abi Rabah : “wahai tuan guru yang dimuliakan, apa gerangan engkau datang berkunjung ke tempat kami? insyaAllah aku penuhi permintaanmu.”
‘Ata’ bin Abi Rabah memulakan katanya : “ya Amirul Mukminin, berilah layanan yang terbaik kepada penduduk Hijaz dan Najad. Mereka ialah orang terawal dan terhormat dalam kalangan umat Islam”
Khalifah menjawab : “baiklah, aku akan memberikan mereka layanan yang paling istimewa. Tuliskan wahai pegawai akan perintah ini” katanya kepada orang suruhannya. Khalifah bertanya lagi : “apalagi, wahai tuan guru?”
‘Ata’ bin Abi Rabah berkata : “berilah pertimbangan sewajarnya kepada penduduk yang hidup di perbatasan. Sungguh, merekalah orang pertama yang akan menghadapi musuh jika kita diserang.”
Khalifah menjawab : “Baiklah, beta akan member mereka bantuan. Apalagi wahai tuan guru?”
‘Ata’ bin Abi Rabah berkata : “lindungilah kaum kafir zimmi. Janganlah engkau menarik beban cukai yang terlampau berat.”
Khalifah menjawab : “baiklah, akan aku kabulkan permintaanmu. Kemudian apalagi, wahai tuan guru?’”
Pesanan Takwa
‘Ata’ bin Abi Rabah meneruskan nasihatnya : “ya amirul mukminin, bertakwalah kepada Allah dan jangan berlaku zalim. Sesungguhnya, manusia diciptakan dalam keadaan sendirian, dimatikan dalam keadaan sendirian, dibangkitkan dalam keadaan sendirian dan dihisab dalam keadaan sendirian. Pada waktu itu, tidak aka nada seorang pun Amirul Mukminin bersama-bersama dengannya. Maka, bertindaklah untuk menjaga dan mempertahankan tuan khalifah di hadapan Allah SWT kelak” kata-kata yang terakhir ini memberikan kesedaran yang mendalam dalam jiwanya hingga menyebabkannya menangis tersesak-esak. Air matanya jatuh ke tanah.
Lalu ‘Ata’ bin Abi Rabah pergi meninggalkan istana. Khalifah meminta pengawalnya memberi hadiah kepada ‘Ata’ bin Abi Rabah, namun beliau menolak. Bahkan, ‘Ata’ bin Abi Rabah tidak minum air yang disajikan di istana, walaupun setitis.
Inilah kisah ‘Ata’ bin Abi Rabah. Daripada keadaan hamba, beliau menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas, lalu menjadi lebih mulia darjatnya daripada para raja. Beliau pemberi fatwa di Masjidilharam dan pemimpin para ulama. Demikianlah sebagaimana janji Allah dalam al-Quran bahwa Diaa akan mengangkat orang berilmu dengan beberapa darjat. Semoga kisah ‘Ata’ bin Abi Rabah ini menjadi penyuntik semangat kita dalam menuntut ilmu. –wallahua`lam (petikan dari majalah al-Ustaz)

Saturday 28 July 2012

Laknat Terhadap Orang Yg Mendustakan Ayat Allah


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah?. mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi[para malaikat, nabi-nabi dan anggota-anggota badannya sendiri] akan berkata: "Orang-orang inilah yang Telah berdusta terhadap Tuhan mereka". Ingatlah, kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim.
( surah Hud ayat 18)

Allah SWT bertanya lg : wahai Muhammad! Aku ingin bertanya kepada kamu. Dalam ramai – ramai orang yang jahat, dalam ramai – ramai orang yg zalim, cuba tunjuk orang  yg lebih jahat dan yg lebih zalim daripada golongan yang tidak mendengar kata – Ku.

Memang tidak d nafikan di dunia ini ramai orang yg sering melakukan kejahatan, kezaliman, pengkhianatan dan membalas dendam. Tetapi dalam ramai – ramai manusia yg jahat, Aku ingin bertanya kepada kamu, ada lagikah yg lebih jahat daripada mereka? Mereka memberitahu kepada orang ramai bahawa ini hukum Tuhan, inilah agama – Nya, inilah syariat – Nya, padahal dia tahu perkara ini tidak betul, perkara olok – olok. Ada lagikah orang yg lebih jahat daripada orang ini di atas dunia?

Pembunuhan memang jahat, tetapi kejahatannya melingkari dirinya dan mangsanya sahaja. Pencuri juga jahat, tetapi kejatannya hanya terhadap harta dan oran gyg dicuri sahaja. Tetapi bagi orang alim, apabila dia menyelewengkan ajaran agmaa, akibatnya bukan dia sahaja yang terseleweng bahkan semua pengikutnya, rakyatnya dan semua orang di bawah pengaruhnya turut sesat bersama – samanya.

Seandainya dia seorang yg berpengaruh luas, maka lagi ramai orang akan tersungkur. Kalau ajarannya didokumentasikan dalam bentuk buku, maka selagi mana buku itu beredar dan dibaca di atas dunia ini, selama itulah orang akan turut serta di dalam penyelewengannya. Maka tentulah kamu wahai Muhammad, sudah mengerti tidak ada orang yg lebih jahat dari orang semacam ini. Dengan sebab itulah awal – awal lagi Nabi Muhammad SAW member amaran kepada manusia ;

                mana – mana orang yg mentafsir al-Quran memandai – mandai, maka siaplah untuk dia sebuah kerusi khas dalam neraka( bukhari ; 103 )

Itulah balasan kepada orang yg mentafsir al-Quran dengan jahil dan hanya menurut nafsunya dan logik akal semata – mata. Iaitu mentafsir tanpa meraikan bahasa Arab, tidak menjiwai ruh al – Quran serta tidak mghalusi gerak – geri Rasulullah SAW. Sesungguhnya tafsir al – Quran yang pertama muka dunia ini ialah batang tubuh Rasulullah SAW sendiri. Itulah tafsir yang idak memerlukan komentar tidak perlu untuk ktia membuat ulasan.

Semenjak baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul hinggalah kepada kewafatannya, segala tutur kata baginda adalah mentafsikan al – Quran. Perbuatan baginda juga mentafsirkan al – Quran. Tingkah laku dan tindak – tanduknya mentafsirkan al -  Quran. Tidak ada benda yang baginda lakukan bertentangan dengan al – Quran. Tidak ada satu perkataan yang baginda sebutkan tida tepat dengan Quran. Tidak ada satupun tindak – tanduk baginda yang melanggar prinsip yang terkandung dalam al – Quran.

Sebenarnya, apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda selama 23tahun sebagai utusan Allah, itulah pergerakan al – Quran. Ke manapun baginda pergi, apa sahaja yg dilakukan, semuanya merupakan tafsiran bagi al – Quran. Dengan kata lain, al – Quran yang boleh dilihat ialah Rasulullah SAW dan kitab yg boleh dibaca, itulah al – Quran. Sebab itulah andai seseorang itu belajar tafsir tanpa mendalami dan menguasai sirah, seolah – olah berjalan tempang! Ia tidak tepat kerana sirah adalah pokok pangkal kepada tafsir al – Quran.

Wallahua`lam - petikan drpd ( Ingatlah Tempatmu Di Akhirat)

Friday 27 July 2012

PEWARISAN ANAK DALAM KANDUNGAN


Pewarisan Anak Dalam Kandungan

Pendahuluan

Islam bagi umatnya bukan hanya mengandung ajaran tentang keimanan dan apa-apa yang harus dilakukan untuk  Khaliq  (Pencipta)  dalam rangka pelaksanaan ibadah, namun juga mengatur aturan tentang pergaulan mereka dalam kehidupan di dunia yang disebut mu’amalat dalam artian umum, termasuk aturan tentang pembagian warisan atau ilmu faraid. Aturan-aturan yang ditetapkan Allah dimana ilmu faraid termasuk di dalamnya, diturunkan Allah untuk menjadi rahmat bagi umat manusia. Rahmat ini dalam bahasa hukum berarti “kemaslahatan ummat” baik dalam bentuk memberi manfaat bagi manusia atau menghindarkannya dari mudharat (bahaya). Sehingga dengan adanya aturan Allah tersebut seseorang yang berhak menerima warisan kepadanya harus diberikan haknya sesuai dengan kadarnya masing-masing.

Salah satu ahli waris yang berhak menerima warisan  adalah anak. Anak baik laki-laki maupun perempuan adalah ahli waris, bahkan ia adalah ahli waris yang paling dekat dengan pewaris. Namun yang menjadi pertanyaan apakah anak dalam kandungan termasuk ahli waris yang berhak menerima warisan atau tidak. Bagaimana Fiqh Islam menempatkan posisi anak dalam kandungan sebagai ahli waris. Lalu bagaimana seharusnya Pengadilan Agama sebagai pengadilan yang mempunyai tanggungjawab menyelesaikan perkara kewarisan umat Islam, memperhatikan haknya anak dalam kandungan atau justru mengabaikan. Pertanyaan itulah yang Penulis cuba untuk menjawabnya dalam tulisan yang singkat ini.

Hak kewarisan anak dalam kandungan menurut Fiqh Islam.
Untuk melihat apakah anak dalam kandungan sebagai ahli waris atau tidak menurut fiqh Islam yang perlu kita rujuk pertama adalah Al Qur’an dan Sunnah sebagai sumber utama syari’ah Islam. Dalam Al Qur’an Surat Annisa’ ayat 11 disebutkan : “Allah mensyari‟atkan bagimu tentang (pembagian warisan) untuk anak-anakmu : bagian seorang anak laki-laki sama dengan  bagian dua anak perempuan”. Dalam ayat ini Allah hanya menjelaskan tentang perbandingan bagian anak  laki-laki dan perempuan dalam warisan orang tuanya.  Tidak dijelaskan apakah anak yang dimaksud adalah anak yang sudah lahir atau anak yang masih dalam kandungan. Oleh sebab itu jawaban dari pertanyaan berhakkah anak yang masih dalam kandungan ibunya terhadap harta warisan atau tidak, belum kita temukan jawaban pasti dari Al Qur’an, karenanya pemahaman “anak” jika dalam Al Qur’an dikaitkan dengan kelahirannya sebagai ahli waris masih bersifat zhanny sehingga bisa ditafsirkan dan dikaji lebih lanjut.

Ketika kita rujuk Hadits-Hadits Rasulullah tentang anak dalam kandungan sebagai ahli waris atau tidak, kita hanya menemukan sepotong hadits yang bersumber dari Jabir r.a diriwayatkan oleh Abu Daud : “ Izastahallal mauluudu warrasa” apabila telah berteriak (bersuara) anak yang dilahirkan maka ia adalah ahli waris.


Dalam memahami hadits ini ada dua pendapat ulama.  Sebagian ulama yang terdiri dari Ibnu Abbas, Said Ibn Al Musayyab, Syureih Ibn Hasan dan Ibn Sirin dari kalangan shabat berpendapat bahwa bukti kehidupan bayi yang lahir adalah “istihlal” atau teriakan sesuai dengan zahir hadits. Golongan ulama kedua yang terdiri dari Al Tsauri, Al Auza’i, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Al Syafi’i dan Ahmad dalam salah satu riwayat dan Daud berpendapat bahwa tanda kehidupan itu dapat diketahui dengan teriakan dan juga dengan cara lain seperti gerakan tubuh, menyusui dan petunjuk lain yang meyakinkan.[1]

Dari perbahasan para ulama di atas terhadap hadits dari Jabir itu, jika kita teliti dengan seksama mereka tidak mempertanyakan apakah anak dalam kandungan sebagai ahli waris atau tidak, tetapi hanya mempermasalahkan teknis menentukan hidup atau tidaknya anak. Golongan pertama dengan teriakan ketika lahir, golongan kedua bisa dengan tanda lain seperti bergerak, menyusui dan petunjuk lain. Penentuan hidup atau tidaknya anak  memang  sangat penting karena sebagai ahli waris harus diyakini dia hidup ketika pewaris meninggal. Dengan demikian  kedudukan  anak dalam kandungan adalah ahli waris telah disepakati para ulama.

Hal ini dapat kita pahami dari informasi yang disampaikan Dr. Badran Abu Inain Badran : “Faqad ajm‟a fuqahaausy syari‟ati „ala annal walada fi bathni ummihi mim bainil mustahiqqiina lil irtsi mata qaama bihi sababun min asbaabil irtsi” (Telah sepakat para ulama bahwa anak yang masih dalam kandungan ibunya termasuk orang yang berhak menerima warisan jika padanya terdapat salah satu sebab dari-sebab kewarisan)[2] Begitu juga  Wahbah Zuhaili menjelaskan : “walau kaana hiinaizin mudhgatan aw „alaqatan tsabata lahul haqqu fil miiraatsi (Jika ahli waris masih dalam bentuk mudhghah(segumpal daging) atau alaqah (segumpal darah) maka hak kewarisannya tetap ada).[3]


Perlu diketahui, anak  dalam kandungan sebagai ahli waris disebut juga dalam ilmu ushul fiqh ahliyatul wujub yang tidak sempurna, ia pantas menerima hak namun belum mampu memenuhi kewajiban[4]
Oleh karena anak dalam kandungan itu dinyatakan orang yang pantas menerima hak, maka ia ditetapkan sebagai ahli waris yang berhak menerima harta warisan dari pewaris bila padanya terpenuhi rukun dan syarat kewarisan. Rukun Kewarisan adalah pewaris, ahli waris, harta warisan, sedangkan syarat kewarisan  adalah meninggalnya pewaris, hidupnya ahli waris ketika pewaris meninggal, dan tidak terdapat penghalang kewarisan (sep. membunuh pewaris, murtad dan budak).


Terhadap anak dalam kandungan sebagai ahli waris terdapat dua keraguan dalam tekhnis pembagian hak warisannya yaitu maujud (ada)-nya dan hidupnya dia ketika pewaris meninggal ditambah kesamaran kondisi anak dalam kandungan apakah laki-laki atau perempuan, tunggal atau kembar. Oleh karena keraguan itu, para ulama  klasik  memelihara hak anak dalam kandungan itu dengan memauqufkan (menunda) pembagian harta warisan sampai anak itu lahir atau membagi kepada ahli waris lain dengan memberikan kemungkinan asumsi jumlah terbesar yang diterima anak dalam kandungan itu.


Dari huraian di atas Penulis berkesimpulan bahawa dalam fiqh Islam  anak dalam kandungan adalah ahli waris.


Kesimpulan

Bahawa dalam  Fiqh Islam anak dalam kandungan adalah ahli waris yang berhak menerima warisan jika padanya terdapat sebab-sebab kewarisan (perkawinan, kekerabatan, dan memerdekakan budak).Bahwa demi kepentingan anak dan keadilan masyarakat, jalan sebaiknya yang ditempuh Pengadilan Agama (hakim) adalah : segera menyelesaikan perkara pembagian harta warisan dengan memperhitungkan hak waris anak dalam kandungan, jika ada perkara pembagian warisan yang kemungkinan ahli warisnya anak dalam kandungan. Jika ada masalah dengan kesamaran tentang kondisi anak, pendapat saksi ahli (dokter kandungan) dapat didengar dan diajadikan pertimbangan.

[1] Ibnu Qudamah, Al Mughni, (Mathba’ah al Qahirah, Mesir, 1969) h. 384-385. Lihat Juga Ibnu Hazm, Al Muhalla, (Mathba’ah al Jumhuriyyah, Mesir, 1970) h. 410
[2] Badran Abu Inain Badran, Al Mawarits wal Washiyat wal Hibah fi Syariatil Islamiyah wal Qanun, (Syabab Al amiah, Iskandariyah, tt) h. 89
[3] Wahbah Az Zuhaili, Fiqhul Islam Waadillatuh, (Dar Fikr, Mesir tt) h. 254
[4] Amir Syarifuddin,  Permasalahan dalam Pelaksanaan Faraid, (IAIN-IB Press, Padang, 1999, h.1

Thursday 26 July 2012

22 Kesan Maksiat



Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan
Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi’i yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata, „Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.


Maksiat Menghalangi Rezki
Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rizki. Maka meninggalkannya berarti menimbulkan kefakiran. „Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya" (HR. Ahmad)


Maksiat Menimbulkan Jarak Dengan Allah
Diriwayatkan ada seorang laki-laki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, „Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa diatas dosa."


Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain
Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri.
Seorang salaf berkata, „Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kendaraan) dan istriku."


Maksiat Menyulitkan Urusan
Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat Menggelapkan Hati Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gulita.
Ibnu Abbas ra berkata, „Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rizki dan kebencian makhluk."


Maksiat Melemahkan Hati dan Badan
Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia butuhkan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fisik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fisik bangsa Persia dan Romawi.


Maksiat Menghalangi Ketaatan
Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mengalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.


Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan
Pada dasarnya, umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan dzikir kepada Allah serta mementingkan keridhaan-Nya.


Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain
Seorang ulama Salaf berkata, bahwa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani
Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertobat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.


Maksiat Menghilangkan Keburukan Maksiat Itu Sendiri dan Memudahkan Dosa
Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, maka ia tidak lagi buruk memandang perbuatan itu, sehingga maksiat itu menjadi adat kebiasaan. Ia pun tidak lagi mempunyai rasa malu melakukannya, bahkan memberitakannya kepada orang lain tentang perbuatannya itu. Dosa yang dilakukannya dianggapnya ringan dan kecil. Padahal dosa itu adalah besar di mata Allah swt.


Maksiat Warisan Umat Yang Pernah Diazab
Misalnya, homoseksual adalah warisan umat nabi Luth as. Perbuatan curang dengan mengurangi takaran adalah peninggalan kaum Syu’aib as. Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerusakan adalah milik Fir’aun dan kaumnya. Sedangkan takabur dan bongkak merupakan warisan kaum Hud as.
Dengan demikian bisa dikatakan, bahwa pelaku maksiat zaman sekarang adalah kaum yang memakai baju atau mencontoh umat terdahulu yang menjadi musuh Allah swt.
Dalam musnad Imam Ahmad dari Ibnu Umar disebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda, „ ... Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya."


Maksiat Menimbulkan Kehinaan dan Mewariskan Kehina-dinaan
Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiatnya kepada Allah sehingga Allah pun menghinakannya. „...Dan barang siapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (QS. Al-Hajj:18)
Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehinadinaan, karena kemuliaan itu hanya akan muncul dari ketaatan kepada Allah swt. „Barang siapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu ..." (QS. Al-Faathir:10)
Seorang Salaf pernah berdoa, „Ya Allah, anugerahilah aku kemuliaan melalui ketaatan kepada Mu, dan janganlah Engkau hina dinakan aku karena aku bermaksiat kepada Mu."


Maksiat Merusak Akal
Ulama Salaf berkata, bahwa seandainya seseorang itu masih berakal sehat, maka akal sehatnya itulah yang akan mencagahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan dan nasihat Al-Qur’an pun mencegahnya, begitu pula dengan nasehat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat kecuali akalnya telah hilang.

Maksiat Menutup Hati
Allah berfirman, „Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." (Al-Muthoffifiin:14)
Imam Hasan mengatakan hal itu sebagai dosa yang berlapis dosa. Ketika dosa dan maksiat telah menumpuk maka hatinya pun telah tertutup.


Maksiat Dilaknat Rasulullah saw
Rasulullah saw melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk jalan, padahal petunjuk jalan itu sangat penting (HR Bukhari), melakukan perbuatan homoseksual (HR Muslim), menyerupai laki-laki bagi wanita dan menyerupai wanita bagi laki-laki, mengadakan praktek suap-manyuap (HR Tarmidzi) dan sebagainya.


Maksiat Menghalangi Syafaat Rasul dan Malaikat
kecuali bagi mereka yang bertobat dan kembali ke pada jalan yang lurus, sebagaimana Allah swt berfirman : „(Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : „Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertobat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyla-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam surga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh diantara bapak-bapak mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan ... „ (QS: Al-Mukmin:7-9)


Maksiat Melenyapkan Malu
Malu adalah pangkal kebajikan, jika rasa malu telah hilang, hilangkah seluruh kebaikannya. Rasulullah bersabda : „Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu." (HR. Bukhari)


Maksiat Meremehkan Allah
Jika seseorang berlaku maksiat, disadari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan lenyap dari hati. Jika perasaan itu masih ada, tentulah ia akan mencegahnya dari berlaku maksiat.


Maksiat Memalingkan Perhatian Allah
Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan. Allah berfirman : „Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (QS. Al-Hasyir:19)


Maksiat Melenyapkan Nikmat dan Mendatangkan Azab
Allah berfirman : „Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)." (QS Asy-Syura:30)
Ali ra berkata : „Tidaklah turun bencana malainkan karena dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan karena tobat."

Maksiat Memalingkan Istiqamah
Orang yang hidup di dunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangnya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga tinggi. Ialah Allah yang akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan surga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, ketika itulah ia tertipu.
Sumber : Al-Qur'an & Sunnah „Akibat Berbuat Maksiat" karya Inbul Qayyim Al-Jauziah


by : dituliskan oleh Ibnul Qayyim Al-Jauziah dalam bukunya „Aatsaarul Ma’ashi wa Adhraaruha" (Akibat Berbuat Maksiat).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...