Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka)
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah. Di samping kejahatan yang bermaharajalela, keinsafan kepada agama sudah mulai tegak. Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerana hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. (Hamka)
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. (Hamka)
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. (Hamka)
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama ialah perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela, boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah) dan benar & jujur. (Hamka)
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia. Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. (Hamka)
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. (Maksud al-Hadis)
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. (Hamka)
No comments:
Post a Comment